Read More..

Wangian Smart

Wednesday, May 5, 2010

Sabun Tahan Mengantuk

Sabun Tahan Mengantuk

Tuesday, May 4, 2010

Salam,

Salam,

bagi pembelian borong kain pasang minimum pembelian ialah 20 helai. anda boleh mencampurkan dengan mana-mana kain dalam koleksi kain walaupun harga berbeza dengan membayar mengikut harga borong masing-masing. sila hubungi 019 3469634 (marsha : sms sahaja) @ email kepada marshaena@gmail.com / ear_rin@yahoo.com untuk maklumat lanjut

Tempahan & Bayaran

Tempahan & Bayaran


• TEMPAHAN

Sila email ke marshaena@gmail.com / ear_rin@yahoo.com

- NAMA & NO. TELEFON

- KOD NO.

- ALAMAT PENGHANTARAN





Sy akan menghubungi anda untuk mengesahkan pesanan anda diterima dan

samada barangan masih ada atau tidak.

Sy juga akan memaklumkan jumlah sebenar pembayaran termasuk kos penghantaran.

• BAYARAN

Bayaran hendaklah dijelaskan dalam masa dua hari selepas pesanan disahkan.

Pelanggan boleh membuat bayaran melalui

maybank : 154053296306 ( Marshafarina Mokhtar )

atau

Hong Leong Bank. : 03251075692 ( Marshafarina Mokhtar) ** Sila email salinan resit transaksi untuk membuktikan yang bayaran telah dijelaskan.

• PENGHANTARAN

Barangan akan dihantar melalui POSLAJU selepas bayaran dijelaskan.





KADAR POSLAJU

RM6 untuk 500gm yg pertama Semenanjung / RM8 Sabah&Sarawak

RM2 untuk setiap 500gm yang berikutnya Semenanjung / RM3 untuk setiap 500gm yang berikutnya Sabah&Sarawak



KADAR POS EXPRESS(HANYA UTK SELENDANG DAN TUDUNG SAHAJA)

1- 3 helai RM3 Semenanjung / RM9 Sabah&Sarawak

4 - 9 helai RM4 Semenanjung / RM15-RM21 Sabah&Sarawa

Monday, May 3, 2010

SAH ATAU TIDAK MENGGUNAKAN MINYAK WANGI BERALKOHOL DALAM SOLAT

SAH ATAU TIDAK MENGGUNAKAN MINYAK WANGI BERALKOHOL DALAM SOLAT


Menurut Dr. Abdul Salam Muhammad Shukri dalam Harian Metro, Penggunaan minyak wangi yg mengandungi alkohol dibenarkan dengan syarat kadar kandungan alkohol yg sedikit dan tidak membahayakan. Sekiranya kadar kandungan alkohol tinggi dan membahayakan, ia sewajarnya tidak digunakan kecuali terdesak (darurat).
Menurut JAKIM : Minyak wangi beralkohol harus digunakan dalam solat. Hal ini kerana alkohol yg terkandung di dalam wangian bukan dari sumber yg najis.
Menurut JAIS: Sah, tetapi perlu dipastikan dahulu minyak wangi itu tidak diperbuat daripada najis atau benda yg haram.

Menurut JAKIM: Alkohol merupakan satu cecair yg dijadikan sebahagian campuran bahan dalam minyak wangi dan minuman keras ataupun ubat-ubatan. Alkohol adalah tidak najis dan boleh digunakan di dalam solat jika kandungan alkohol tersebut dalam kadar yg sedikit dan tidak boleh dipisahkan dengan bahan asli. Alkohol yg diproses bagi menghasilkan arak adalah najis dan haram.

Mengikut Mazhab: Harus dan sah solat, walaupun menggunakan minyak wangi beralkohol. Ini kerana bukan semua alkohol adalah najis. Para Ulama' menyebut alkohol najis berdasarkan hadith nabi yg memberi isyarat bahawa arak itu najis. Ia di ambil dari ayat al-Quran yg menyebut:
"Arak, tenung dan tilik nasib, lemparan kayu nasib adalah kekotoran ('rjis') dari hasil kerja Syaitan" (Al-Maidah: 90)
Dan dari hadith Abu Tha'laba al-Khushani dalam sahih al-Bukhari dan Muslim:

"Wahai Nabi Allah, kami tinggal di tanah Ahli Kitab, bolehkah kamimakan dan minum di dalam bekas mereka?" Nabi membalas: "Sekiranya kamu mendapati bekas selain bekasan mereka, maka jangan menggunakannya, sekiranya kamu gagal mendapatkan selainnya, maka hendaklah kamu basuh bekas itu dahulu dan kemudian makanlah menggunakannya."


Imam An-Nawawi (Syarah Sahih Muslim) dan Imam As-Shawkani (Naylul Awtar) menyebut "maksud larangan makan menggunakan bekas2 mereka menunjukkan apa yg mereka masak dan minum menggunakan arak adalah kerana ia dihukun sebagai najis."

Labels:

TIP MEMAKAI MINYAK WANGI YANG BETUL

TIP MEMAKAI MINYAK WANGI YANG BETUL



Minyak wangi berkesan kepada kulit yang panas dan mempunyai peraliran darah yang baik. Belakang telinga dan nadi pada sendi tangan adalah tempat yang paling sesuai mencalit minyak wangi. Selain daripada itu, rambut yang dicuci dan segar atau baju daripada bahan semulajadi adalah pembaca bau wangi.

 
Haruman tahan lama jika disapu pada kulit bawah pakaian. Sesiapa yang suka bertukar haruman dinasihatkan berhati-hati apabila menyembur pakaian dengan minyak wangi. Kesan minyak wangi yang tinggal pada pakaian benang bulu sebagai contohnya mungkin tidak sesuai dengan pemakaian minyak wangi baru.Setiap minyak wangi mempunyai keharmonian baunya tersendiri. Sekiranya kamu menggunakan minyak wangi lebih daripada satu pada masa yang sama, keharmonian minyak wangi akan hilang. Ini akan hanya merosakkan ciri-ciri setiap minyak wangi dan menimbulkan bau yang kurang menyenangkan.

Minyak wangi boleh tahan selama enam bulan. Sekiranya ia dijaga rapi, ia bertahan lebih lama. Minyak wangi hendaklah diletakkan di dalam tempat gelap bersuhu bilik. Untuk botol baru, ia boleh disimpan selama setahun tanpa dibuka tudungnya. Jangan simpan minyak wangi dalam peti sejuk kerana khuatir akan memberi kesan kepada makanan.



Mengapa bau minyak wangi berbeza-beza bila dipakai oleh orang berlainan?


Bau minyak wangi itu akan berubah bila dipengaruhi oleh keadaan persekitaran. Sewaktu kamu beli minyak wangi di gedung jualan, ia dipengaruhi oleh persekitaran haruman yang kuat. Keadaan ini berbeza dengan persekitaran rumah. Sebab itulah baunya berbeza bila dibawa pulang.

Suhu dan kelembapan yg berbeza juga perlu diambil kira. Perlu diambil perhatian, setiap minyak wangi mempunyai kehidupan haruman tersendiri dan akan hanya timbul setelah satu tempoh.

 
Minyak wangi adalah campuran bahan-bahan tertentu hasil daripada beberapa peringkat proses pengewapan. Minyak wangi yang baik dibuat berhati-hati. Bau itu mestilah sama dengan bau asal yang digunakan bagi melahirkan satu kehidupan haruman dan luahan perasaan yang berterusan.


Peringkat awal pemakaian minyak wangi, pengguna hanya menyedari bau awal iaitu top note. Selepas beberapa saat, apabila minyak wangi sudah serasi dengan peredaran darah barulah bau sebenarnya timbul.

 
Setiap orang mempunyai bau badan yang tersendiri. Semua bergantung kepada keadaan kulit masing-masing, gaya hidup dan pemakanan yang seimbang. Orang lain mungkin sesuai dengan haruman yang digunakan tetapi kita tidak.







Labels:

TIPS PENJAGAAN RAMBUT DI BAWAH NI;

TIPS PENJAGAAN RAMBUT DI BAWAH NI;




Tips 1:

Pilih syampu yang bersesuaian dengan rambut anda. Jika boleh, dapatkan nasihat dari orang yang pakar. Jika anda beli di Guardian atau Watson, tanyalah pada jurujual di situ.



Tips 2:

Jika anda memakai tudung kepala, pastikan rambut anda dikeringkan terlebih dulu tau. Kalau tidak nanti rambut anda akan bermasalah seperti berkelemumur, rambut berbuah, rambut berbau dan rasa tidak selesa seperti pening kepala.



Tips 3:

Semasa anda mengeringkan rambut dengan tuala, cara terbaik ialah melurutkan tuala secara lembut dan perlahan-lahan dari atas hingga ke hujung rambut. Lakukan berulang kali dan biarkan ia kering sendiri. Ingat ye, jangan gosok rambut anda dengan kasar!



Tips 4:

Untuk mengembalikan kesegaran rambut bagi yang bertudung, letakkan santan kelapa di atas rambut. Biarkan ia seketika dan ia lebih berkesan jika dibalut dengan tuala. Langkah seterusnya ialah bilas dengan air bersih dan kemudian basuh rambut dengan menggunakan syampu yang sesuai. Untuk kesan yang terbaik, amalkan cara ini seminggu sekali.



Tips 5:

Sewaktu anda tidak mengenakan tudung, sikatlah rambut anda dan elakkan daripada tidak terurus. Secara tak langsung ia akan memastikan akar rambut dan kulit kepala mendapat pengudaraan yang secukupnya.



Tips 6:

Gunakan air sejuk ketika membasuh rambut untuk kesegaran kulit kepala yang optimum.



Tips 7:

Untuk menghilangkan kelemumur, gosokkan kulit kepala anda dengan limau purut yang telah dihangatkan. Setelah kelemumur gugur, basuh rambut dan kulit kepala anda dengan syampu anti kelemumur dan lebih baik jika ia ada campuran limau purut sekali:D



Tips 8:

Untuk rambut anda berminyak, pilih syampu yang boleh digunakan setiap hari. Faktor-faktor rambut berminyak seperti ketidakstabilan hormon mengakibatkan sebum dikeluarkan secara berlebihan, tekanan yang anda alami, keadaan cuaca panas atau pun anda banyak mengambil makanan yang berlemak.



Tips 9:



Sikat rambut anda bila perlu sahaja. Tapi jangan biarkan ia sampai tak terurus sangat Agak-agak lah yer. Ini kerana jika selalu sangat menyikat rambut, ia menyebabkan kulit kepala menjadi panas dan menghasilkan minyak yang berlebihan. Lepas itu, jangan sikat rambut terlalu kasar. Belailah rambut anda seperti mana anda menyayangi diri anda. he..he..



Tips 10:

Elakkan penggunaan alat pengering rambut supaya rambut tak mudah kusam.



Tips 11:

Jika anda perlu jugak menggunakan alat pengering rambut(hair dryer) kerana nak cepat dsb. Jeng...jeng... Jalan penyelesaiannya ialah;

Sebelum melakukan blow, letakkan foam, setting losyen atau volumizer pada rambut supaya ia mudah didandan. Tujuan foam dan setting losyen adalah sebagai lapisan penghadang di antara rambut dan alat pengering rambut. Ia juga berperanan untuk mengelakkan rambut dari mudah rosak akibat terkena bahang panas alat pengering secara terus ke rambut di samping memudahkan rambut dibentuk.



Tips 12:

Jika tetap memilih penggunaan alat pengering rambut, gunakannya pada suhu yang tinggi. Jangan gunakannya pada suhu yang rendah kerana penggunaan pada suhu rendah akan mengambil masa yang lebih lama untuk mengeringkan rambut anda. Risikonya ialah rambut anda lebih mudah untuk rosak.



Kesimpulannya-jangan guna alat pengering rambut. Jika nak guna jugak, gunakan pelindung seperti foam, setting losyen atau volumizer serta gunakannya pada suhu tinggi. Ok.



Tips 13:

Untuk mendapatkan rambut yang halus, gunakan sikat yang bergerigi penuh dan rapat!



Tips 14:

Elakkan memakai anak tudung atau cekak rambut terlalui ketat. Sebaiknya pastikan ada pengaliran udara yang masuk agar tidak terperap dan mudah berbau.



Orrait lah. Sampai di sini dulu saja yang saya dapat coretkan buat anda semua. Mudah-mudahan apa yang ditulis dapat dipraktikkan yer.

Jika masalah anda berjaya diselesaikan, saya turut berasa gembira. Jika tidak, teruskan berusaha dan jangan cepat putus asa! Ini saja yang termampu saya lakukan.

Labels:

Aurat Muslimah

Aurat Muslimah


1. Pakaian itu mestilah menutup aurat



Rasulullah saw bersabda :



Telah berkata Aisyah .a “ Sesungguhnya, Asma’binti Abu Bakar menemui Nabi saw dengan memakai busana yang nipis ” Maka nabi berpaling daripadanya dan bersabda “Wahai Asma’ , sesungguhnya apabila wanita itu telah baligh (sudah haid) tidak boleh dilihat daripadanya kecuali ini dan ini , sambil mengisyaratkan kepada muka dan tapak tangannya”



2. Pakaian itu tidak terlalu nipis sehingga tampak bayangan tubuh badan dari luar



“Dua orang ahli neraka yang belum pernah saya lihat adalah : kaum yang memegang pecut bagai ekor lembu digunakan untuk memukul orang (tanpa alasan), orang perempuan yang berpakaian tetapi telanjang bagaikan merayu-rayu melenggok-lenggok membesarkan cemaranya bagaikan punuk unta yang mereng. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau syurga, sedangkan bau syurga dapat dicium dari jarak yang sangat jauh”

(Riwayat Muslim)



3. Pakaian itu tidak ketat atau sempit , tetapi longgar atau selesa dipakai.Ia menutup bahagian-bahagian bentuk tubuh yang menggiurkan nafsu lelaki dan ia menutup aspek kehaiwanan dari insan itu.



Dalam sebuah riwayat dari Abdullah bin Abi Salamah bahawa Umar Bin Khattab .a menghadiahkan kepada seseorang dengan pakaian nipis buatan Mesir Lama, kemidian berkata , “Jangan dipakaikan kepada isteri-isteri kamu!” Lalu seseorang berkata “ Ya Amirul Mukminin aku telah memakainya untuk isteriku, kemudian memutarkan badannya tetapi tidak kelihatan auratnya .” selanjutnya Umar berkata, “Memanglah auratnya tidak nampak, tetapi bentuk tubuhnya nampak”



4. Warna pakaian itu suram atau gelap, seperti warna hitam atau kelabu asap atau perang sehingga tiada bernafsu lelaki melihatnya( terutamanyya pakaian seperti jilbab atau abaya) . Menurut Ibnu Kathir di dalam tafsirnya pakaian wanita-wanita pada zaman Nabi saw ketika mereka keluar rumah berwarna hitam)



5. Pakaian itu tidak sekali-kali diwangikan dengan bau-bauan yang harum, demikian juga tubuh badan wanita itu, kerana bau-bauan ini ada pengaruhnya atas nafsu kelamin lelaki yang ajnabi. Perempuan yang memakai bau-bauan ketika keluar rumah sehingga lelaki mencium baunya disifatkan oleh Rasulullah saw sebagai zaniyah, yakni pelacur atau penzina.



“Wanita apabila memakai wangi-wangian , kemudian berjalan melintasi kaum lelaki maka dia itu begini dan begini iaitu pelacur ”

(Riwayat Abu Dawud dan Tirmizi)



6. Pakaian itu tidak bertashabbuh dengan pakaian lelaki yakni tiada meniru –niru atau menyerupai pakaian lelaki

Telah berkata Ibnu Abbas : “Rasulullah saw telah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita-wanita yang menyerupai lelaki”

(Riwayat Bukhari)



7. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian perempuan-perempuan kafir dan musyrik



8. Pakaian itu bukanlah untuk bermegah-megah , untuk menunjuk-nunjuk atau bergaya.

Labels: